Mungkin agak pelik, banyak bilik darjah di sekolah-sekolah
di Jepun masih menggunakan papan hitam & kapur. Bahkan pada tahun 2015,
hampir 75% bilik darjah di Jepun masih menggunakan papan hitam & kapur
sebagai medium pengajaran utama.
Mengapa Jepun yang terkenal dengan negara yang canggih
dengan kemajuan gajet dan teknologi masih menggunakan cara tradisional, papan
hitam dan kapur? Kenapa paling tidak, gunakan white board atau yang lebih
canggih seperti smart screen?
“Bansho” atau ‘board-writing’ adalah sebenarnya teknik
pengajaran Jepun yang dah diuji dan dikaji keberkesanannya dalam pengajaran
sejak bertahun-tahun lamanya.
Dalam salah satu kajian yang dilakukan (Sankyuu 2015), warna
hijau di papan hitam memberi kesan tenang (calming effect) pada pelajar dan
membolehkan mereka fokus dengan lebih efektif berbanding papan yang berwarna
putih.
Bunyi yang dihasilkan apabila kapur menyentuh papan hitam
juga adalah faktor penting. Tulisan kanji Jepun yang berbentuk seperti tulisan
cina (kanji) banyak menggunakan 'stroke' dalam satu-satu tulisan.
Bunyi yang dihasilkan ni dikatakan dapat menambah daya fokus
pelajar. Bermaksud, semakin banyak stroke yang ditulis, semakin banyak bunyi
yang dihasilkan, jadi semakin tinggi daya fokus seseorang pelajar.
Selain tu, mata lebih mudah melihat tulisan putih (kapur)
berlatarbelakangkan warna gelap papan hitam berbanding tulisan hitam di papan
putih (white board). Jadi tulisan putih di atas papan hitam ni sendiri mampu
mengurangkan tekanan pada mata dan benda ni menyebabkan murid lebih mudah untuk
fokus.
Tulisan putih background gelap ni juga lebih mudah dilihat
dari jauh dan kurang hasilkan titik buta atau “blind spots”. Jadi pelajar lebih
mudah faham sesuatu subjek yang diajar di dalam kelas.
Sebab tu kalau tengok, Jepun memang sangat berhati-hati bila
nak perkenalkan sesuatu perubahan dalam sistem pengajaran mereka. Sebab mereka
percaya sesuatu perubahan tu perlukan kajian untuk lihat sejauh mana ia
berkesan untuk bantu tingkatkan pemahaman pelajar dalam kelas.
Jadi tak hairanlah kalau Jepun berjaya hasilkan ramai orang
pandai dan mereka juga merupakan negara Asia yang paling banyak menghasilkan
Pemenang Hadiah Nobel terutama dalam bidang Fizik!
.
#CatatanZunitaDiJepun
Sumber : FB Zunita Ramli
ALHAMDULILLAH..
DOUBLE CHAMPION MSSD BATU PAHAT 2020
Pasukan Hoki Perempuan B12 MSSC Penggaram - JOHAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
kepada semua pihak teruatamanya seluruh Warga Sekolah Soga ,
Pibg Sekolah Soga , ibu bapa, para pemain, para penaja dan penyumbang dana...
Semoga hadiah ini menjadi hadiah yang sangat bermakna dan
penat jerih program pembangunan yang dijalankan membuahkan hasil yang
membanggakan..
SYUKUR ALHAMDULILLAH
#sogahc
#pibgsoga
#tnbthunderbolts
#tnbdevelopment
#bentarakids
Sumber FB Dr Razali Hassan
Mengimbau kembali kenangan 39 tahun dulu mendaftar di sini sebagai guru pelatih Maktab Perguruan Teknik Jalan Tenteram KL (1982). Tahun 1995 saya mendaftar diri sebagai pensyarah Maktab Perguruan Teknik Jalan Yaacob Latiff KL. Tahun 2001 meninggalkan MPT dan berhijrah ke KUiTTHO (UTHM).