Maktab sy dari tahun 2004 hingga 2019...
Terlalu byk pengalaman dan ilmu perguruan yg dikutip di sini.. termasuklah ilmu kokurikulum..
Kat sini juga rekrut Askar Wataniah tahun 2008..
Alhamdulillah.. sekarang dh kembali mengajar di maktab .. walaupun maktab berbeza (kini di IPG Temenggong Ibrahim), in shaa Allah kita akan kongsikan ilmu dan pengalaman dgn guru2 maktab..
All the best Maktab Teknik..!! In shaa Allah ada rezeki , kita singgah di IPG Teknik yang baru iaitu di Bandar Enstek, Nilai..
👌👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
Sumber FB Dr. Razali Hassan
TENAGA PENGAJAR TVET DI MALAYSIA
PERTINGKAT KOMPETENSI TENAGA PENGAJAR TVET DI MALAYSIA - SIRI KE-2
Penubuhan Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur (MPT) pada 17 Mei 1962, telah memberikan semangat baru kepada guru-guru pertukangan bagi mendapatkan latihan perguruan teknikal dengan lebih berkesan dan sistematik. Sekumpulan guru teknik dan vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy. telah dihantar bagi membantu melatih guru-guru pertukangan dengan kaedah mengajar dan ilmu kemahiran yang berkaitan. Bangunan MPT yang pertama terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Usaha ini dilihat sebagai satu initiatif bagi melahirkan guru-guru pertukangan yang lebih kompeten dari aspek kemahiran dan pedagogi.
Peranan MPT bertambah penting dengan terlaksananya Sistem Pelajaran Aneka Jurusan pada tahun 1965 dengan memperkenalkan empat mata pelajaran baru di pkt sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga.
Pada tahun 1970 MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan. Pada tahun 1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan jurusan teknik dan vokasional. Penggabungan ini telah mewujudkan satu rangkaian jurusan kemahiran yang dipanggil Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (PTV). Sehubungan dengan itu Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional ( BPTV ) telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi menyelaraskan hal-hal berkaitan dengan bidang PTV. Dalam usaha menyelaraskan setiap bidang operasi yang ada di BPTV maka tujuh buah unit diwujudkan, iaitu:
1. Unit Ketukangan Kejuruteraan, 2. Unit Perdagangan, 3. Unit Ekonomi Rumah Tangga (ERT), 4. Unit Sains Pertanian, 5. Unit Kursus Pendek, 6. Unit Politeknik, 7. Unit Pentadbiran
Manakala pada tahun 1986, unit di dalam BPTV telah bertambah menjadi sepuluh unit iaitu:
1. Unit Kejuruteraan Awam, 2. Unit Kejuruteraan Elektrik, 3. Unit Kejuruteraan Mekanikal, 4. Unit Perdagangan, 5. Unit ERT, 6. Unit Sains Pertanian, 7. Unit Pembangunan, 8. Unit Pengurusan pelajar, 9. Unit Pengurusan dan 10. Unit Pentadbiran
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dinaik taraf dan bertukar nama sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal pada tahun 1995.
Bagaimana guru-guru Vokasional menjalankan latihan di MPT? Ikuti bahagian ke-3 siri penulisan ini.
#53-sejarah-sekolah-teknik-di-malaysia
0 comments:
Post a Comment